info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Perhimpunan Bulanan bulan Oktober 2017

Petaling Jaya – Pada 4 Oktober 2017, Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia bagi bulan Oktober 2017 telah berlangsung dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia. Perhimpunan yang berlangsung di Dataran Kimia, Ibu Pejabat ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan & Jaminan Kualiti (PJK).

Penyampaian sijil bagi lantikan sub-kontraktor untuk sistem MyPTP turut diadakan pada majlis tersebut. Penerangan ringkas mengenai pertolongan cemas (cara pemakaian kain anduh) juga diadakan untuk pengetahuan semua warga Kimia. Seluruh warga Kimia turut menunjukkan semangat perpaduan, kekitaan & sehati sejiwa dengan mengenakan baju korporat rasmi Jabatan Kimia Malaysia.

sinaran 1
sinaran 1 sinaran 1
sinaran 1 sinaran 1

Kemaskini: Oktober 4, 2017 pada 1:13 pm

Tags: