info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran Sains dan Teknologi Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah Sempena Karnival Pendidikan Tinggi, Kerjaya & Teknologi Sains Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, Kedah

Pada 30 dan 31 Mac 2016, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah dijemput oleh MOSTI untuk mengadakan pameran sains dan teknologi sempena Karnival Pendidikan Tinggi, Kerjaya & Teknologi Sains Peringkat Negeri Kedah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, Kedah. Karnival yang berlangsung selama dua hari tersebut telah dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sik bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sik, Kedah. Selain daripada Jabatan Kimia Malaysia, pameran turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya jabatan-jabatan dibawah MOSTI serta institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Antara staf JKMC Kedah yang terlibat dalam pameran

 

Seramai lebih 800 orang pengunjung yang terdiri dari pelajar sekolah, lepasan SPM, STPM dan juga pelbagai lapisan masyarakat telah mengunjungi ruang pameran yang telah disediakan untuk JKMC Kedah mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Para pengunjung diberi penerangan mengenai pelbagai skop analisa yang dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia; antaranya ialah Alam Sekitar, Forensik dan Industri & Klasifikasi Tarif Dagangan. Seramai 9 orang kakitangan JKMC Kedah telah terlibat dalam menjayakan pameran tersebut. Sepanjang pameran tersebut berlangsung booth JKMC Kedah merupakan antara booth paling ramai pengunjung. Warga belia dan para pelajar telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap pameran dan aktiviti interaktif serta bertanyakan pelbagai soalan yang berkaitan.

Tujuan utama pameran ini adalah untuk mendedahkan masyarakat tentang peranan dan fungsi Jabatan Kimia Malaysia terutamanya dalam membantu agensi penguatkuasaan undang-undang dan menjamin kesejahteraan rakyat. Selain itu, pameran ini juga adalah salah satu medium untuk mengeratkan hubungan mesra dan silaturahim antara kakitangan Kimia dengan masyarakat selaras dengan saranan penjawat awam ‘turun padang’. Matlamat lain juga bertujuan memupuk minat golongan belia dan pelajar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi khususnya sains kimia di kalangan masyarakat.Ianya dijangka meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sains kimia dan inovasi serta menyuntik budaya inovasi dan kreativiti dalam kehidupan seharian.

Staf JKMC Kedah yang sentiasa ceria dan bersedia berkongsi ilmu bersama pengunjung-pengunjung berjaya menarik ramai pengunjung datang melawat ke Booth JKMC Kedah

 

Kemaskini: April 6, 2016 pada 2:05 am