info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran Sains dan Teknologi di Pesta SEM Type III 2016 MRSM Pengkalan Hulu oleh JKMC Kedah

Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah dijemput untuk mengadakan pameran sains dan teknologi bertempat di MRSM Pengkalan Hulu. Jemputan ini adalah bersempena dengan Pesta SEM Type III MRSM Pengkalan Hulu. Pameran tersebut telah dijalankan pada 11 Ogos 2016 di Dataran Akademik MRSM Pengkalan Hulu melibatkan tiga buah agensi iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL Kulim), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC Kulim) dan juga JKMC Kedah. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azman bin Manap, Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pendidikan Menengah MARA. 

Seramai 5 orang staf JKMC Kedah telah terlibat dalam menjayakan pameran tersebut. BoothJKMC Kedah seperti biasa sentiasa menjadi tarikan dalam pameran tersebut. Matlamat utama pameran ini adalah untuk menjana minat para pelajar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi khususnya sains kimia. Penyertaan dalam pameran ini juga memberi peluang kepada petugas- petugas untuk memberi penerangan mengenai peranan Jabatan Kimia Malaysia dalam menjaga kesejahteraan negara.

Foto sepanjang program:

 

Kemaskini: Ogos 25, 2016 pada 10:10 am

Tags: