info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran “Program Jelajah Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) 2017” oleh Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah

Kedah – Pada 22 April 2017 yang lalu, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Program Jelajah Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) 2017 di Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang, Kedah. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat SERANTA (FELDA) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) dan Persatuan Kami Anak FELDA (KAF). Pameran ini turut disertai oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara yang mewakili Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Selain itu, terdapat juga pelbagai agensi kerajaan dan institusi awam yang terlibat dalam program tersebut.

Selaras dengan salah satu objektif utama pelaksanaan program ini iaitu memupuk sikap inovatif, kreatif dan berdaya saing serta mencungkil bakat-bakat terpendam daripada kalangan warga FELDA, JKMC Kedah juga telah dijemput untuk menyampaikan taklimat inovasi bagi Slot Bicara Inovasi.

Seramai 8 orang staf JKMC Kedah telah terlibat dalam menjayakan pameran tersebut. Booth pameran JKMC Kedah telah berjaya menarik lebih dari 500 orang pengunjung yang terdiri daripada warga FELDA, pelajar-pelajar sekolah, guru-guru dan juga orang ramai. Para pengunjung diberi penerangan mengenai pelbagai skop analisa yang dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia: antaranya ialah Air, Forensik dan Industri & Klasifikasi Tarif Dagangan. Selain itu, JKMC Kedah juga telah mempamerkan hasil inovasi “Oil & Grease Shaker” kepada pelawat di booth pameran


Staf JKMC Kedah berinteraksi bersama pengunjung pameran

 

 Booth pameran MOSTI yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung

 

Kemaskini: April 28, 2017 pada 10:05 am

Tags: