info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran “Program Inovasi Sosial MOSTI: Karnival Sains bagi Program Duta Sains Jerlun” oleh Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah

Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah dijemput untuk mengadakan pameran sains sempena Karnival Sains bagi Program Duta Sains Jerlun bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah pada 10 Mei 2016 (Selasa). Program Duta Sains Jerlun ini telah dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerlun. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Selain daripada Jabatan Kimia Malaysia, pameran turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya jabatan dan agensi dibawah MOSTI serta institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Perasmian oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau

 

Tujuan utama penganjuran Karnival Sains adalah untuk memberikan pendedahan kepada komuniti setempat mengenai sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan juga kepentingannya. Selain itu, matlamat lain yang difokuskan adalah dapat memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk berinteraksi dengan para saintis daripada institusi pengajian tinggi, pusat penyelidikan dan agensi kerajaan secara lebih dekat dan seterusnya memupuk minat mereka terhadap STEM.

Seramai 6 orang staf JKMC Kedah telah terlibat dalam menjayakan pameran tersebut. Booth pameran JKMC Kedah telah berjaya menarik lebih dari 500 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru dan juga orang ramai. Para pengunjung diberi penerangan mengenai pelbagai skop analisa yang dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia; diantaranya ialah Alam Sekitar, Forensik dan Industri dan Klasifikasi Tarif Dagangan

Pengarah JKMC Kedah sedang memberikan penerangan kepada YB Menteri MOSTI berkenaan fungsi Jabatan Kimia Malaysia dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Kimia Malaysia

Staf JKMC Kedah berinteraksi bersama pengunjung pameran

 

Kemaskini: Mei 17, 2016 pada 1:38 am