info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran KIMIA Di Stadium Sarikei sempena Program ‘Sejiwa Senada 2016, Kerajaan Bersama Rakyat’ anjuran Kerajaan Negeri Sarawak pada 19 hingga 21 Februari 2016

Pada 19 hingga 21 Februari 2016 (Jumaat hingga ahad), JKMC Sibu telah menyertai pameran sempena program ‘Sejiwa Senada’ anjuran Kerajaan Negeri Sarawak yang bertemakan ‘Kerajaan Bersama Rakyat’ di Stadium Sarikei. Program ‘Sejiwa Senada’ telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Tan Sri Adenan Satem dan dihadiri oleh Menteri-menteri kabinet Sarawak serta lebih 20,000 orang membanjiri kompleks Sukan Sarikei pada 20 Februari 2016

Perasmian Oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Tan Sri Adenan  Satem

Terdapat sebanyak 190 booth pameran terdiri dari pelbagai agensi Persekutuan, Kerajaaan Negeri Sarawak, Swasta, Badan Penguatkuasaan serta Institusi Pendidikan. Selain pameran, terdapat juga aktiviti hiburan, memasak, permainan, ceramah dan E-peraduan dan sebagainya. Program yang  berlangsung selama tiga hari bermula jam 2 petang hingga 10 malam pada hari Jumaat, 8 pagi hingga 10 malam pada hari Sabtu dan 8 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad. Seramai 6 orang kakitangan JKMC Sibu telah terlibat dalam menjayakan booth pameran tersebut. Booth Pameran JKMC Sibu telah dikunjungi oleh seramai 706 orang awam.

Kakitangan JKMC Sibu yang terlibat dalam pameran

Matlamat utama pameran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang peranan dan fungsi Jabatan Kimia Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang dan kesejahteraan rakyat dan untuk mengeratkan hubungan mesra dan silaturahim antara kakitangan Kimia dengan masyarakat selaras dengan saranan penjawat awam ‘turun padang’. Ianya juga bertujuan memupuk minat dalam sains, teknologi dan inovasi khususnya sains kimia di kalangan masyarakat, terutama golongan belia dan pelajar.

Kakitangan JKM Sibu berinteraksi bersama pengunjung pameran

 

Kemaskini: Februari 26, 2016 pada 7:35 am