info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran KIMIA Di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah sempena Program ‘Sejiwa Senada 2016, Kerajaan Bersama Rakyat’ anjuran Kerajaan Negeri Sarawak pada 18 hingga 20 Mac 2016

Program Sejiwa Senada 2016; Kerajaan Bersama Rakyat siri ke 6 telah diadakan pada 18 hingga 20 Mac 2016 (Jumaat hingga Ahad), bertempat di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah, Sarawak. Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu untuk kali ke 5 telah menyertai pameran sempena program ‘SejiwaSenada’ anjuran Kerajaan Negeri Sarawak yang bertemakan ‘Kerajaan Bersama Rakyat’ di Dataran Pehin Setia Raja Mukah selepas Bandaraya Miri, Sibu, Sarikei, Saratok dan Kapit. Program ‘Sejiwa Senada’ telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem dengan kehadiran Menteri-Menteri Kabinet Negeri. Dijangkakan lebih 30,000 pengunjung telah membanjiri Dataran Pehin Setia Raja Mukah semasa majlis perasmian pada 19 Mac 2016.

Perasmian Oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem

Terdapat sebanyak 204 booth pameran terdiri dari 172 pelbagai agensi Persekutuan, Kerajaaan Negeri Sarawak, Swasta, Pihak Berkuasa Tempatan serta Institusi Pendidikan. Selain pameran, terdapat juga aktiviti hiburan, memasak, permainan, ceramah dan e-peraduan dan sebagainya.Program yang  berlangsung selama tiga hari bermula jam 2 petang hingga 10 malam pada hari Jumaat, 18 Mac 2016 manakala program bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 malam pada 19 – 20 Mac 2016. Seramai 6 orang kakitangan JKMC Sibu telah terlibat dalam menjayakan pameran tersebut. Booth Pameran JKMC Sibu telah dikunjungi lebih dari 300 orang pengunjung.

Antara Kakitangan JKMC Sibu yang terlibat dalam pameran

 

Matlamat utama pameran ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat tentang peranan dan fungsi Jabatan Kimia Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang dan kesejahteraan rakyat dan untuk mengeratkan hubungan mesra dan silaturahim antara kakitangan Kimia dengan masyarakat selaras dengan saranan penjawat awam ‘turun padang’. Ianya juga bertujuan memupuk minat dalam sains, teknologi dan inovasi khususnya sains kimia di kalangan masyarakat, terutama golongan belia dan pelajar.

Kakitangan JKM Sibu berinteraksi bersama pengunjung pameran

 

 

Kemaskini: Mac 25, 2016 pada 2:38 am