info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran Inovasi Sempena Pertandingan “The 3rd International Innovation, Design and Articulation (i-IDeA 2016)” oleh Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah

Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah dijemput untuk mengadakan pameran inovasi sempena pertandingan “The 3rd  International Innovation, Design and Articulation (i-IDeA 2016)” bertempat di Dewan 2020, Kompleks Dewan Warisan Negeri, Kangar, Perlis pada 28 dan 29 April 2016 (Khamis dan Jumaat). Program yang berlangsung selama dua hari ini telah dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Selain daripada Jabatan Kimia Malaysia, pameran ini turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta terutamanya jabatan-jabatan dibawah MOSTI serta institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah mempamerkan beberapa produk inovasi yang dihasilkan oleh staf Kimia Cawangan Kedah dan Perak. Seramai enam orang staf JKMC Kedah telah terlibat dalam menjayakan pameran tersebut. Booth pameran JKMC Kedah telah berjaya menarik lebih dari 300 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar IPTA dan IPTS dan juga orang ramai. Para pengunjung telah diberikan penerangan mengenai Jabatan Kimia Malaysia dan juga produk inovasi yang dihasilkan.

i-IDeA 2016 adalah satu pertandingan yang mengetengahkan produk penyelidikan dan menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi di kalangan institusi dalam dan luar negara. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk menghasilkan dan merangsang bakat kreatif di kalangan pereka cipta yang berpotensi dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan sepanjang program tersebut dijalankan. Ia juga adalah bertujuan untuk memupuk minat orang ramai terhadap inovasi dan memberi penekanan terhadap kepentingan sains dan inovasi dalam kehidupan seharian

Pengarah JKMC Kedah sedang memberikan penerangan berkenaan hasil inovasi kepada YB Timbalan Menteri MOSTI

Staf JKMC Kedah yang memberi penerangan dan berkongsi ilmu bersama pengunjung-pengunjung yang datang melawat ke booth JKMC Kedah

Pengarah JKMC Perak turut melawat booth pameran dan sempat bergambar bersama staf JKMC Kedah yang terlibat dalam pameran

 

 

Kemaskini: Mei 17, 2016 pada 1:01 am