info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran Di Saratok sempena Program ‘Sejiwa Senada 2016, Kerajaan Bersama Rakyat’ anjuran Kerajaan Negeri Sarawak pada 26 hingga 28 Februari 2016

Pada 26 hingga 28 Februari 2016 (Jumaat hingga ahad), Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu telah menyertai program ‘Sejiwa Senada’ anjuran Kerajaan Negeri Sarawak yang bertemakan ‘Kerajaan Bersama Rakyat’.  Sepanjang tiga hari program tersebut yang diadakan di Saratok, pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah pameran, hiburan, permainan dan e-peraduan. Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu tidak ketinggalan menyertai pameran pada program tersebut. Pameran yang diadakan bermula dari jam 2 petang hingga 10 malam pada hari Jumaat, 8 pagi hingga 10 malam pada hari Sabtu dan 8 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad. Seramai 6 orang kakitangan JKMC Sibu telah terlibat dalam menjayakan pameran tersebut. Objektif pameran pada kali ini adalah seperti berikut:

  • Berkongsi maklumat antara JKM Cawangan Sibu dengan penduduk sekitar kawasan Saratok melalui pameran mengenai bahaya dadah dan keselamatan makanan.
  • Memperkenalkan peranan Jabatan Kimia Malaysia sebagai agensi teknikal yang memberikan perkhidmatan dalam bidang analisis kimia kepada masyarakat.

Pondok Pameran JKMC Sibu telah dikunjungi oleh seramai 915 orang ramai dari segenap lapisan masyarakat sekitar Saratok. Selain memperkenalkan JKMC Sibu kepada masyarakat, pameran ini juga berupaya meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat berkenaan keselamatan dalam penggunaan produk harian dan juga produk makanan. Masyarakat juga didedahkan kepada bahaya terhadap penyalahgunaan dadah dan juga kepentingan dalam memilih produk makanan/kegunaan harian dengan betul dan selamat. Selain itu, pameran ini juga berjaya memupuk semangat berpasukan dalam kakitangan JKMC Sibu walaupun kekurangan petugas dalam menjayakan pameran ini. Ini membuktikan pentingnya semangat berpasukan dalam menjayakan apa-apa aktiviti seperti ini.

Persediaan pameran

Antara pengunjung pondok pameran Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Sibu

Ucapan perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

 

Kemaskini: Mac 7, 2016 pada 1:24 am