info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran Di Kapit oleh Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu sempena Program ‘Sejiwa Senada 2016

Program Sejiwa Senada 2016; Kerajaan Bersama Rakyat siri ke 5 telah diadakan pada 04 hingga 06 Mac 2016 (Jumaat hingga Ahad), bertempat di Stadium Terbuka Kapit, Sarawak anjuran Kerajaan Negeri Sarawak. Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu telah dijemput menyertai Pameran. Program ‘SejiwaSenada’ telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem. Dijangkakan lebih 15,000 pengunjung telah membanjiri Stadium Terbuka Kapit sepanjang 3 hari program berlangsung. Mengikut sumber kerajaan, Program Sejiwa Senada merupakan salah satu daripada aktiviti pelan transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Melalui program itu pihak kerajaan turun padang bertemu dengan rakyat.

Terdapat sebanyak 163 booth pameran terdiri dari pelbagai agensi Persekutuan, KerajaaanNegeri Sarawak, Swasta, Pihak Berkuasa Tempatan serta Institusi Pendidikan. Selain pameran, terdapat juga aktiviti hiburan, larian, permainan, dan e-peraduan dan sebagainya. Seramai 6 orang kakitangan JKMC Sibu telah terlibat dalam menjayakan pameran tersebut. Ini merupakan julung kalinya Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu menyertai pameran di kawasan luar bandar, dimana pada masa ini, Bahagian Kapit hanya dapat dihubungkan melalui jalan Sungai dengan menggunakan bot Ekspress dari Sibu (125 km). Booth Pameran JKMC Sibu telah menarik lebih dari 1034 orang pengunjung dan pengunjung turut sama mengambil bahagian dalam kuiz ‘Kenali KIMIA’ dan teka silang kata ‘Kimia Di Rumah’. Hadiah serta cenderamata turut disediakan kepada yang terlibat.

Pameran ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat tentang peranan dan fungsi Jabatan Kimia Malaysia. Melalui pameran ini, rata rata penduduk setempat Bahagian Kapit ini dapat mengenali Jabatan Kimia Malaysia lebih dekat disamping dapat mengeratkan hubungan mesra dan silaturahim antara kakitangan Kimia dengan masyarakat selaras dengan saranan penjawat awam ‘turun padang’. Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan selain pameran poster seperti kuiz ‘Kenali KIMIA’ dan teka silang kata ‘Kimia Di Rumah’ yang bertujuan untuk memperkenal perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan kimia Malaysia kepada komuniti, serta pendedahan masyarakat berkaitan dadah dan bahan kimia dalam produk makanan serta member maklumat berkaitan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung aktiviti tersebut telah dapat memupuk minat dalam sains, teknologi dan inovasi khususnya sains kimia di kalangan masyarakat, terutama golongan belia dan pelajar

 

Kemaskini: Mac 11, 2016 pada 1:48 am