info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran Di Dataran Sibu sempena Program ‘Sejiwa Senada 2016, Kerajaan Bersama Rakyat’ anjuran Kerajaan Negeri Sarawak pada 15 hingga 17 Januari 2016

Pada 15 hingga 17 Januari 2016 (Jumaat hingga Ahad), JKMC Sibu telah menyertai program ‘Sejiwa Senada’ anjuran Kerajaan Negeri Sarawak yang bertemakan ‘Kerajaan Bersama Rakyat’. Program ‘Sejiwa Senada’ tersebut yang berlangsung selama tiga hari ini menyaksikan pelbagai aktiviti seperti pameran, hiburan, permainan, ceramah dan Eperaduan telah diadakan dan JKMC Sibu juga menyertai pameran untuk memperkenalkan rakyat Sibu kepada Kimia Malaysia. Pameran diadakan bermula jam 2 petang hingga 10 malam pada hari Jumaat, 8 pagi hingga 10 malam pada hari Sabtu dan 8 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad.  Tujuan pameran pada kali ini adalah seperti berikut:

  • Berkongsi maklumat antara JKM Cawangan Sibu dengan rakyat Sibu melalui pameran mengenai bahaya dadah dan keselamatan makanan.
  • Memperkenalkan peranan Jabatan Kimia sebagai agensi teknikal yang menjalankan analisis kimia kepada masyarakat  Sibu.

Booth Pameran JKMC Sibu telah dikunjungi oleh seramai 719 orang awam dari segenap lapisan masyarakat Sibu.  Selain memperkenalkan JKMC sibu kepada masyarakat, pameran ini juga berupaya memupuk semangat penting dalam memberikan maklumat tepat dan benar berkenaan bahan kimia yang digunakan secara sedar atau tidak  kepada pengunjung terutama dalam makanan dan produk kegunaan harian, disamping memupuk semangat kemasyarakatan antara warga kimia sendiri dan orang awam.  

Ucapan Perasmian Oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Tan Sri Adenan  Satem 

Persediaan pameran

Kakitangan JKM Sibu berinteraksi bersama pengunjung pameran

Info : JKM sibu

Kemaskini: Januari 26, 2016 pada 2:29 am