info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Minggu OSH 2016 di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Melaka

Melaka – Pada 28 – 30 September 2016 yang lalu, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Melaka telah menganjurkan sambutan Minggu OSH bagi tahun 2016 yang disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Melaka, Yang Berusaha  Dr.Silverraji A/L Samiveloo. Objektif utama program Minggu OSH 2016 adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan staf, serta memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan berkaitan pelaksanaan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan, OHSAS 18001. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan meningkatkan pengetahuan berkaitan akta dan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pengisian utama Program Minggu OSH 2016 dimulakan dengan Kursus ‘hands on’ First Aid dari ‘First Aider’ Jabatan Kimia Melaka, ceramah berkaitan penggunaan alat perlindungan diri (PPE), ceramah Pengungsian Bangunan, ceramah Keselamatan Jabatan dan ceramah Keselamatan Penggunaan Lif dan Eskalator dari DOSH. Selain itu, program juga diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti kempen menderma darah, pameran keselamatan dari DOSH, gotong-royong gempur aedes, tayangan video OSH dan kuiz interaktif OSH. Bagi memeriahkan lagi sambutan Minggu OSH 2016 pada kali ini, pihak jawatankuasa telah mengadakan Pertandingan Makmal Pilihan Anugerah OSH 2016 bersempena ‘Bulan 5K’ (Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan, Kekemasan & Keceriaan).

Program Minggu OSH yang berlangsung selama tiga hari ini telah berjaya menarik minat dan penyertaan semua warga Kimia Melaka. Semua staf juga telah menunjukkan minat dan bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan. Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kimia Malaysia cawangan Melaka dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding.

Imbasan sepanjang program berlangsung :

Perasmian sambutan Minggu OSH 2016

Sekitar sesi ceramah dan pameran keselamatan dari DOSH

Kempen Derma Darah

Senamrobik dan Gotong-royong Gempur Aedes

 

 

Kemaskini: Oktober 11, 2016 pada 12:08 pm

Tags: