info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Minggu Inovasi Kimia Malaysia 27-29 Oktober 2014

Minggu Inovasi Kimia Malaysia 2014 telah di sambut pada 27-29 Oktober 2014 di Ibu Pejabat Petaling Jaya. Upacara perasmian telah disempurakan oleh Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Y. Brs Encik Ahmad Ridzuan bin Ibrahim.

Perasmian Minggu Inovasi KImia Malaysia 2014 oleh Ketua Pengarah, Y.Brs Encik Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim pada 27 Oktober 2014

Bertemakan ‘Inovasi lah’ atau ‘Let’s Innovate’, sambutan Minggu Inovasi pada kali ini telah digabungkan dengan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Kursus Pemikiran Kreatif. Antara pengisian bagi program tersebut adalah ceramah Inovasi, Konvensyen KIK, Kuiz dan Cabaran Inovasi.

Ceramah 'Creative Thinking' oleh Encik Robert Yong pada 27 Oktober 2014

Pada hari pertama, program dimulakan dengan sesi ceramah  bertajuk ‘Creative Thinking’ telah disampaikan oleh Encik Robest Yong yang merupakan Pemenang Pelbagai Anugerah Rekacipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tan Sri Prof. Emeritus Datuk Dr. Augustine Ong Sung Hock Hock yang merupakan pengasas MINDS (Malaysian Invention and Designs Society) telah menyampaikan ceramah pada hari kedua bertajuk “Pengenalan kepada MINDS”. Pengarah Pusat Teknologi Inovasi Taylors, Universiti Taylors iaitu Dr. Edwin Chung telah menyampaikan tiga (3) ceramah yang amat berguna antaranya bertajuk “Overview of Design Thinking Framework”, “Observation and Thinking Techniques in Design Thinking” dan “Intellectual Property”.

‘Pengenalan kepada MINDS’ oleh Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Augustine Ong Sung Hock pada 28 Oktober 2104

Ceramah ‘Design Thinking Framework’ oleh Dr. Edwin Chung pada 28 Oktober 2014

Konvensyen KIK 2014 telah dilangsungkan pada hari pertama yang disertai oleh tujuh kumpulan. Anugerah Emas Konvensyen KIK 2014 telah dimenangi oleh kumpulan ULTRA HELIX dari JKM Pulau Pinang dengan projek bertajuk “Quantifiler: Kenapa berbelanja lebih jika boleh berjimat”. Projek “Anemometer Holder” oleh kumpulan CRIATIVO dari JKM Kedah telah mendapat anugerah Perak dan Anugerah Gangsa dimenangi oleh Kumpulan SMARTIES dari JKM Melaka dengan projek “Smart Casing Thermometer”. Anugerah Emas, Perak dan Gangsa masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1500, RM1000 dan RM750 manakala hadiah saguhati berupa wang tunai RM 300 diberikan kepada kumpulan yang mendapat tempat ke-4 hingga ke -7 (Kumpulan Fantastic Four dari Cawangan Pulau Pinang, Kumpulan IQ-MS dari Bahagian PJK, Kumpulan Setsifar dari Cawangan Johor dan Kumpulan JOY dari Cawangan Kota Kinabalu).

Cabaran Inovasi dan kuiz Inovasi telah disertai oleh kumpulan yang menyertai konvensyen KIK. Tempat Pertama bagi gabungan acara cabaran inovasi dan kuiz inovasi adalah JKM Kedah manakala JKM Pulau Pinang dan JKM Melaka berkedudukan tempat kedua dan ketiga.

Majlis Penutup Minggu Inovasi Kimia Malaysia 2014 telah disempurnakan oleh Y. Brs Encik Ahmad Ridzuan bin Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia Malaysia. Beliau juga telah menyampaikan sijil dan hadiah-hadiah kepada pemenang setiap acara.

Johan Pertandingan Konvensyen KIK Kimia Malaysia 2014 Kumpulan ULTRA HELIX dari JKM Pulau Pinang

Naib Johan Pertandingan Konvensyen KIK Kimia Malaysia 2014 Kumpulan CREATIVO dari JKM Kedah

Pemenang Ketiga  Pertandingan Konvensyen KIK Kimia Malaysia 2014 Kumpulan SMARTIES dari JKM Melaka

 

Kemaskini: November 6, 2014 pada 7:34 am