info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Minggu Inovasi Kimia Malaysia 2016

Petaling Jaya – Minggu Inovasi Kimia Malaysia 2016 telah di sambut pada 25-26 Oktober 2016 di Ibu Pejabat Petaling Jaya. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kimia Malaysia, YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib. Sambutan Minggu Inovasi pada kali ini telah digabungkan dan Kursus “Make innovation your business”. Antara pengisian program tersebut adalah Konvensyen KIK, ceramah Inovasi dan Cabaran Inovasi.

Program hari pertama dimulakan dengan Konvensyen KIK yang disertai 8 kumpulan yang terdiri daripada JKMC Bintulu,JKMC Melaka, JKMC Perak, JKMC Kedah, JKMC Pulau Pinang, JKMC Johor, Bahagian KAS dan Bahagian PJK Ibu Pejabat. Konvensyen tersebut telah diadili oleh 5 orang juri yang terdiri daripada juri dalaman dan jemputan. Prof. Stephen Ong Chee Hung, yang merupakan “commercialization advisor” MOSTI telah menyampaikan ceramah yang amat menarik perhatian para peserta pada sesi pagi 26 oktober 2016 dan diikuti oleh program Cabaran Inovasi yang dikelolakan oleh Pusat Sains Negara pada sesi petang.

Datuk Ketua Pengarah Kimia sekali lagi telah meluangkan masa untuk menutup Minggu Inovasi 2016 dan majlis penyampaian hadiah berakhir pada jam 5.15 petang. Konvensyen KIK 2016 telah dimenangi oleh kumpulan INTELLIGENT dari JKM Johor dengan projek bertajuk “SMART EYE WASH”. Projek “OIL AND GREASE SHAKER, NO MORE PAIN” oleh kumpulan TERRA dari JKM Kedah telah mendapat tempat kedua dan tempat ketiga adalah Kumpulan IQMS dari Bahagian PJK dengan projek Tempahan Bilik Mesyuarat. Setiap pemenang membawa pulang trofi dan wang tunai masing-masing bernilai RM1500, RM1000 dan RM750. Anugerah Inovasi dan Kualiti Pengurusan Makmal 2016 pula dimenangi oleh Bahagian Kesihatan Alam Sekitar. Tempat kedua dan ketiga masing masing dimenangi oleh JKMC Johor dan Bahagian Forensik.

Bagi kategori Anugerah Penulisan Artikel Kualiti dan Teknikal pula, artikel terbaik dimenangi oleh Jivantiran A/L Myilravanan dan Wan Nur Raihana bt Wan Abdul Rahman dari Bahagian Kesihatan Alam Sekitar dan membawa pulang wang tunai bernilai RM300. Manakala Yong Pui San, Faridah binti Ab. Rahim dan Madihah bt Ahmad, Mohamad Raizul bin Zinalibdin, Aedrianee Reeza binti Alwi dan Nurhafiza bt Mohd Yusop masing-masing menerima hadiah saguhati bernilai RM100. Tiada pemenang diumumkan bagi Pertandingan Mencipta Slogan Inovasi Kimia Malaysia 2016, walau bagaimanapun Nor Sya’adah Binti Mohd Alwi dan Encik Mohamad Saat bin Sukami telah diumumkan sebagai penerima hadiah saguhati bernilai RM75. Pengurusan tertinggi jabatan telah mengesyorkan Slogan Inovasi Kimia Malaysia 2016 adalah “Inovasi memacu kecemerlangan Organisasi”. Bahagian IKTD pula telah nobatkan sebagai pemenang pertandingan Cabaran Inovasi 2016 manakala tempat kedua hingga ke lima masing-masing dimenangi oleh Bahagian Forensik, JKMC Bintulu, JKMC Melaka dan Bahagian PJK.

Imbasan sepanjang program:

Perasmian Minggu Inovasi Kimia Malaysia 2016 oleh Ketua PengarahYBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib pada 25 Oktober 2016

Konvensyen KIK

 

Cabaran Inovasi

     Johan Pertandingan Konvensyen KIK Kimia Malaysia 2016 Kumpulan INTELLIGENT dari Cawangan Johor
       Naib Johan Pertandingan Konvensyen KIK Kimia Malaysia 2016 Kumpulan TERRA dari Cawangan Kedah
Pemenang Ketiga  Pertandingan Konvensyen KIK Kimia Malaysia 2016 Kumpulan IQMS dari Bahagian PJK Gambar kenangan peserta KIK dan juri di program Minggu Inovasi bersama Ketua Pengarah Yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Talib pada 26 Oktober 2016

Kemaskini: November 1, 2016 pada 10:18 am

Tags: