info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian / Cawangan Jabatan Kimia Malaysia BIL. 2/2017

Petaling Jaya – Pada 17-19 Julai 2017 yang lalu, Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian/Cawangan Jabatan Kimia Kimia Malaysia Bil.2/2017 (HOD Bil.2/2017) telah diadakan di Dewan Syarahan, Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia. Seramai 48 orang ahli mesyuarat telah menyertai mesyuarat ini yang terdiri daripada Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Cawangan dan Ketua-ketua Seksyen Ibu Pejabat.

Mesyuarat HOD kali ini memberi tumpuan kepada aspek Pencapaian Setengah Tahun Jabatan (sehingga Jun 2017) dan turut membincangkan isu-isu teknikal bagi semua bidang perkhidmatan serta isu-isu pengurusan dan kewangan.

Penutupan mesyuarat telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Datuk Haji Ismail Talib disusuli sepatah dua kata dari ahli mesyuarat yang bakal bersara pada tahun ini iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Puan Hajah Hasnah Hussin dan Pengarah Kimia Malaysia Cawangan Johor, Haji Ahmad Latfi Mahamud

sinaran 1 sinaran 1
sinaran 1

Kemaskini: Julai 24, 2017 pada 3:20 pm

Tags: