info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Mesyuarat Kajian Semula Jabatan (MR) 2015 dan Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan (HOD) Jabatan Kimia Malaysia (JKM) 1/2016

Petaling Jaya – Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan atau Management Review (MR) Jabatan Kimia Malaysia telah diadakan pada 5 Januari 2016 dan dikuti dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan JKM 1/2016 dari 6 hingga 8 Januari 2016 di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Mesyuarat MR yang dihadiri oleh Pengarah-Pengarah dan Pengurus-Pengurus Kualiti Ibu Pejabat dan cawangan telah dirasmikan oleh Y. Brs Tuan Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia. Dalam mesyuarat berkenaan, Pengarah Penyelidikan dan Jaminan Kualiti Encik Baktiar bin Kassim telah membentangkan pencapaian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sistem kualiti Jabatan tahun 2015 kearah penambahbaikan sistem penyampaian Jabatan Kimia Malaysia. Pekara- perkara yang telah dibincangkan di antaranya adalah keputusan audit, maklumbalas pelanggan, prestasi proses kerja, status tindakan pencegahan dan pembetulan, perubahan jenis kerja dan beban kerja serta  penambahbaikan kearah keberkesanan keseluruhan proses sistem pengurusan kualiti.

Mesyuarat HOD 1/2016 juga telah dirasmikan oleh Y. Brs Tuan Ketua Pengarah Kimia Malaysia dan dihadiri oleh semua Pengarah Bahagian/ Cawangan dan Ketua-Ketua Seksyen. Mesyuara telah membincangkan Pencapaian Tahun 2015, Perancangan untuk Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) dengan pembentangan Pelan Koporat  Jabatan Kimia 2016-2020, Pelan Tindakan Pusat-Pusat Kecemerlangan bagi 2016-2020, dan Perancangan Jabatan Kimia bagi tahun 2016 serta isu-isu teknikal.

Agenda mesyuarat kali ini diselitkan dengan Majlis Persaraan Encik Baktiar bin Kassim Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti pada 7 Januari 2016 jam 3.30 petang yang bersara wajib dan meninggalkan perkhidmatan awam pada 8 Januari 2016

Imbasan sekitar program Mesyuarat MR, Mesyuarat HOD dan Majlis Perpisahan En. Bakhtiar berlangsung:

Disediakan oleh : Seksyen Pengurusan Inovasi & Kualiti

 

Kemaskini: Januari 21, 2016 pada 6:20 am