info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Mesyuarat Bersepadu Antara Jabatan Bagi Membincangkan Isu Berkaitan Siasatan Dan Perbicaraan Kes Jenayah

Pada 15/05/2016, jam 0930 pagi, satu Mesyuarat Bersepadu Antara Jabatan telah diadakan di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. Mesyuarat ini telah menghimpunkan lima agensi kerajaan iaitu Pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah, Polis Di-Raja Malaysia Negeri Terengganu, Pejabat Pendakwaan Negeri Terengganu, Mahkamah Negeri Terengganu dan Pihak Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Terengganu. Mesyuarat ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendakwaan Negeri Terengganu bagi menghimpunkan pelbagai agensi untuk membincangkan isu berkaitan siasatan dan perbicaraan kes jenayah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Nik Ahmad Marzuki bin Nik Mohamad iaitu Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu manakala Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu diketuai oleh Pengarah En Mazlan bin Yusof.

Ketibaan Tuan Nik Ahmad Marzuki bin Nik Mohamad iaitu Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu selaku pengerusi Mesyuarat Bersepadu Antara Jabatan

 

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat daripada kesemua agensi yang terlibat didalam menangani isu berkaitan siasatan dan perbicaraan kes jenayah. Disamping itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit dari kelima-lima agensi terlibat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan proses kerja pada masa hadapan.

Semua ahli mesyuarat yang terdiri daripada Ketua Polis Negeri Terengganu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Ketua Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia berserta Ketua Bahagian Forensik dan Ketua – Ketua Seksyen, Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu, Timbalan Pendakwa Raya dan Pengarah Mahkamah Negeri Terengganu telah tiba dan berkumpul di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada jam 0930 pagi.  Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya diikuti dengan ucapan Dato’ Timbalan Ketua Polis Terengganu dan disusuli dengan ucapan Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu. Selepas itu, sesi mesyuarat ini di teruskan dengan sesi perbincangan diantara kesemua pihak.

Wakil daripada Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Terengganu dan beberapa ahli mesyuarat daripada agensi yang terlibat

 

Setelah selesai sesi mesyuarat diantara kesemua pihak dan kata sepakat berkaitan beberapa isu berbangkit telah diperolehi, sesi ini diakhiri dengan majlis penutup. Ahli Mesyuarat juga bersetuju bahawa mesyuarat susulan akan diadakan untuk membincangkan hasil dapatan dan langkah penyelesaian daripada mesyuarat ini. Mesyuarat ini telah memberikan manfaat kepada kesemua pihak yang terlibat dan maklumbalas mesyuarat adalah positif dan mengharapkan agar semua pihak boleh bekerjasama di masa akan datang.

Sesi Mesyuarat diantara semua agensi yang terlibat bagi membincangkan isu berkaitan siasatan dan perbicaraan kes jenayah

Gambar kenang-kenangan bersama ahli mesyuarat

 

 

Kemaskini: Mei 18, 2016 pada 1:03 am