info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Majlis Riang Ria Raya

Petaling Jaya – Pada 2 Ogos yang lalu, Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia yang terletak di Petaling Jaya telah mengadakan majlis Riang Ria Raya bersempena bulan Syawal yang belum lagi melabuhkan tirainya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis tersebut diadakan dengan pengelibatan semua Bahagian di Ibu Pejabat. Setiap Bahagian menyediakan satu gerai dengan pelbagai juadah berlainan yang sinonim dengan sambutan hari raya di negara ini.

Sambutan pada tahun ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Gombak yang didatangkan khas atas usaha Kelab Sukan Dan Kebajikan Kimia Malaysia. Kehadiran mereka disambut mesra oleh warga Kimia bagi bersama-sama merasai kemeriahan aidilfitri pada tahun ini. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 2.00 petang.

Foto sepanjang program:

 

Kemaskini: September 7, 2016 pada 9:13 am

Tags: