info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Majlis Penutup ‘Asia-Pacific Workshop on the Detection and Identification of Living Modified Organism’

Petaling Jaya –  Pada 24 Mac 2017, majlis penutup bagi ‘Asia-Pacific Workshop on the Detection and Identification of Living Modified Organism’ telah diadakan dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.

Bengkel yang dianjurkan oleh ‘Convention on Biological Diversity’ di bawah ‘United Nations Environment Programme’ ini disertai oleh 15 peserta dari negara-negara di rantau Asia-Pasifik termasuk seorang Pegawai Sains dari Unit GMO, Jabatan Kimia Malaysia. Fasilitator bengkel ini terdiri daripada pegawai-pegawai Unit GMO dan dibimbing oleh pakar GMO Dr Oliver Chen, Associate Researcher dari Food and Drug Administration Taiwan.

 

asia1

Kemaskini: Mac 27, 2017 pada 12:31 pm

Tags: