info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Majlis Penghargaan Cyber Security 2015

Pada 22 Mac 2016, Jabatan Kimia Malaysia telah dijemput menerima sijil penghargaan pada Majlis Penghargaan Cyber Security Malaysia Tahun 2015. Majlis yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains Teknologi & Inovasi.

Majlis ini merupakan acara tahunan bagi meraikan media Malaysia di atas sokongan serta kerjasama yang diberikan dalam usaha memupuk pemahaman serta pengetahuan orang ramai khususnya pengguna internet di Malaysia  mengenai kepentingan keselamatan siber. Majlis ini telah dihadiri oleh dua orang wakil Jabatan Kimia Malaysia iaitu Tuan Ketua Pengarah, Tuan Haji Ismail Bin Talib dan Ketua Unit IT, Encik Nasir Kunju Bin Karim. Jabatan Kimia Malaiysia telah dianugerahkan sijil penghargaan 'Information Security Management System'.

 

 

Kemaskini: Mac 25, 2016 pada 3:39 am