info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Majlis Dialog Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah Bersama Pelanggan Tahun 2016

Pada 20 April 2016, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah mengadakan Majlis Dialog Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah Bersama Pelanggan Seksyen Alam Sekitar & Air 2016 bertempat di Aula Perdana, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah. Seramai 15 orang pelanggan dari agensi-agensi sekitar negeri Kedah dan Perlis dan 3 orang pegawai sains dari Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah menyertai sesi dialog ini. Antara agensi pelanggan yang terlibat ialah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Sesi Dialog Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah Bersama Pelanggan Seksyen Alam Sekitar & Air 2016 di Aula Perdana, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah dalam membantu pelanggan melaksanakan program-program berhubung dengan keselamatan air dan alam sekitar. Penganjuran dialog ini juga dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama strategik di antara Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah dan para pelanggan.

Majlis dimulakan pada jam 9.15 pagi dengan taklimat keselamatan oleh En. Som Chai A/L Choi, diikuti dengan ucapan aluan Pengarah, sesi perkenalan dan seterusnya pembentangan dan perbincangan isu-isu berbangkit dari Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah dan pelanggan. Sesi dialog ini telah memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak dimana kata sepakat telah berjaya dicapai berkaitan beberapa isu yang dibincangkan. Hubungan yang sedia terjalin diantara kedua-dua belah pihak akan diperkukuhkan lagi dengan menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang berkaitan pada masa akan datang.

Sesi bergambar bersama pelanggan selepas selesai sesi dialog

 

 

 

Kemaskini: April 22, 2016 pada 1:47 am