info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

LIQUID CHROMATOGRAPHY TANDEM MASS SPECTROMETRY (LC-MS/MS): Teknik Pengendalian Dan Penilaian Kesesuaian Sistem

Kursus LC-MS/MS telah diadakan pada 27-29 September 2016 di Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia. Kursus selama tiga (3) hari ini yang telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti adalah bermatlamat melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran:

  • tatacara mengoptimakan sistem LC-MS/MS
  • prosedur asas untuk membuat penilaian ke atas prestasi sistem LC-MS/MS
  • memantapkan aplikasi yang digunakan dalam interpretasi data
  • meningkatkan penggunaan analisis LC-MS/MS dalam penyelesaian saintifik

Seramai 16 orang pegawai sains, 1 penolong pegawai sains dari ibu pejabat dan makmal pusat cawangan KIMIA Malaysia serta seorang pegawai penyelidikan dari Agensi Nuklear Malaysia (ANM) telah menyertai kursus ini. Penceramah jemputan adalah Pn.Choy, ahli kimia aplikasi dari Waters Analytical Instrument Sdn Bhd serta dua  Pegawai Sains dari ibu pejabat KIMIA Malaysia iaitu Pn. Nurhazlina dan Pn. Azuha sebagai  fasilitator telah menjayakan kursus tersebut. Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Tuan Haji Ismail bin Talib telah menyempurnakan majlis perasmian bagi kursus tersebut. Beliau telah menyarankan agar peserta mengopitmumkan semua peluang yang ada bagi menambah ilmu sebanyak yang boleh, bersama-sama berkongsi dan meningkatkan lagi pengetahuan teknikal disamping mengeratkan lagi hubungan kerjasama dengan memainkan peranan aktif sepanjang kursus ini.

            Peserta kursus telah dapat meningkatkan kefahaman dan telah menunjukkan keyakinan menggunakan peralatan LC-MS/MS. Sesi praktikal yang telah diadakan selama 2 hari tersebut telah mendedahkan peserta kepada pengunaan LC-MS/MS pada tahap lebih tinggi, dimana mereka telah dilatih untuk mengoptimumkan operasi perisian bagi interpretasi data dengan pelbagai aplikasi. Secara keseluruhan, kursus ini telah berjaya dan amat efektif. Para peserta telah menunjukkan peningkatan ilmu yang ketara dalam aplikasi LC-MS/MS selepas menamatkan kursus ini berdasarkan kepada keputusan ujian yang dijalankan dimana purata skor  adalah 35% dalam pra-ujian telah meningkat kepada 89% dalam pasca-ujian. Kajian soal selidik yang telah disempurnakan oleh para peserta juga telah menunjukkan tahap  kepuasan yang tinggi terhadap kursus ini.

            Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pn. Zaiton, Pengarah Penyelidikan dan Jaminan Kualiti dengan penganugerahan sijil penyertaan kepada setiap peserta. Beliau turut menggalakkan semua peserta supaya dapat menyebarkan ilmu pengetahuan dan berkongsi teknik yang telah dipelajari dengan rakan-rakan di makmal masing-masing. Sebagai penutup, beliau berharap kursus ini bukan sahaja dapat melancarkan aplikasi rutin, malah juga memberi semangat kepada semua staf untuk menerokai kaedah analisis baru dengan menggunakan peralatan LC-MS/MS

Sesi bergambar dengan Tuan Ketua Pengarah KIMIA Malaysia

Penceramah menyampaikan teori penting kepada peserta

Peserta sedang memanipulasi perisian LC-MS/MS

Kemaskini: Oktober 7, 2016 pada 5:54 pm

Tags: