info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Lawatan Sambil Belajar Daripada Pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, PTPL Terengganu

Kuala Terengganu – Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu telah menerima satu lawatan pada 28/01/2016 daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan, PTPL Terengganu. Lawatan ini terdiri daripada 3 orang pensyarah dan 30 orang pelajar dari pelbagai tahun pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai cabang analisis yang disediakan oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu khususnya. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memupuk minat para pelajar dalam bidang ilmu sains disamping dapat mengembangkan idea dan informasi mengenai subjek yang dipelajari di pusat pengajian.

Pelajar dan pensyarah bergambar kenangan dengan En. Ridzuan Abd. Aziz bin Mohd Yusop    pegawai perhubungan Jabatan Kimia Malaysia Terengganu ( Pembentang)

Pn. Li Hui Ling memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar di makmal Toksikologi

En. Mohd Juzaili bin Yusoff memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar di makmal Mikrobiologi

 

 

 

Kemaskini: Februari 29, 2016 pada 1:10 am