info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Lawatan Pelajar dan Staf SMK Bawang Assan, Luar Bandar Sibu, Sarawak ke Kimia Malaysia Cawangan Sibu, Sarawak pada 26 September 2014

Pada 26 September 2014 (Jumaat) JKM Sibu telah menerima kunjungan rasmi dari 26 pelajar dan staf SMK Bawang Assan.  Lawatan rasmi ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif yang khusus seperti berikut:

  • Meningkatkan Kesedaran tentang penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian,
  • Menambahkan pengetahuan tentang prosedur analisis bahan kimia dalam makmal,
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang cabang-cabang dalam bidang kimia serta peluang kerjaya yang berkaitan,
  • Meningkatkan kemahiran staf pembantu makmal dalam pengendalian bahan kimia

 

Gambar rombongan dan staf kimia

Program lawatan telah berlangsung selama dua setengah jam dari 2.15 petang ke  4.45 petang. Program lawatan dimulakan dengan sesi pembentangan video untuk memperkenalkan JKM Sibu dan juga video keselamatan JKM Sibu.  En. Mohd Yaman Bin Idris telah memberi satu taklimat ringkas berkenaan keselamatan bahan kimia, penggunaan dan pelupusan bahan kimia di samping serba sedikit berkenaan bidang kerjaya yang ada di bidang berkaitan kimia.   Seterusnya, kesemua 26 pengunjung telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan di iringi oleh tiga staf kimia iaitu En. Andy Ak Senin, En. Surendran A/L Rama dan En. Nimrrod Eric Balingi untuk lawatan ke makmal.  Tiga makmal yang dilawat adalah makmal forensik, makmal makanan dan makmal mikrobiologi.  Demonstrasi analisis dan ‘hands-on’ telah disediakan untuk para pengunjung oleh staf makmal yang terlibat  seperti berikut:

  • Makmal Forensik En. Hamidon Bidin, En. Izzul Baharuddin, Cik Dayang Zarifah
  • Makmal Makanan oleh En. Michael Chandran, En. Noor Azlan dan Puan Sabariah Lihusing
  • Makmal Mikrobiologi oleh En Mohd Yaman Idris

Demonstrasi  analisis  dan ‘ hands-on ‘

Program lawatan telah tamat pada 4.45 petang dengan jamuan ringan untuk para pengunjung dan staf kimia yang terlibat, pemberian cenderahati dari pihak JKM Sibu oleh En. Michael Chandran (mewakili pengarah) beserta penerimaan cenderahati dari pihak SMK Bawang Assan dan diakhiri dengan pengambilan gambar rombongan bersama staf kimia.

‘Hands-on’ oleh pelajar SMK Bawang Assan

 

Kemaskini: November 6, 2014 pada 7:30 am