info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Lawatan Kerja Tuan Ketua Pengarah Ke JKMC Terengganu

Kuala Terengganu – YBrs. Tuan Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Terengganu (JKMC Terengganu) pada 26 Januari 2016. Ianya merupakan lawatan rasmi kedua beliau ke cawangan Kimia Malaysia pada tahun ini selepas lawatan kerja ke JKMC Pahang. Ketibaan beliau pada jam 8.15 pagi  telah disambut meriah oleh Pengarah JKMC Terengganu, En. Mazlan b. Yusof serta pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan.

Tujuan lawatan kerja ke JKMC Terengganu adalah untuk menghadiri ke mesyuarat tapak projek pembinaan bangunan baru JKMC Terengganu di Kubang Parit, Kuala Terengganu bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak kontraktor, serta untuk melihat sendiri perkembangan semasa projek serta membincangkan isu-isu berbangkit.

Selepas selesai mesyuarat tersebut, Tuan Ketua Pengarah Kimiatelah datang semula JKMC Terengganu untuk majlis  sesi dialog bersama kakitangan JKMC Terengganu dan seterusnya menyampaikan watikah kepada beberapa orang kakitangan yang telah dinaikkan pangkat dan juga bersara.Pada sesi tersebut juga, Tuan KP juga telah menyampaikan amanat beliau, kata-kata nasihat kepada kakitangan serta perkembangan terkini Jabatan Kimia Malaysia yang berlaku di Ibu pejabat dan cawangan-cawangan lain. Dalam sesi tersebut beliau juga telah mendengar dan membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh kakitangan JKMC Terengganu.

Gambar-gambar sekitar majlis sambutan Tuan KP ke JKMC Terengganu

Gambar-gambar sekitar penyampaian sijil watikah perlantikan dan persaraan

Sesi bergambar Tuan KP bersama staf JKMC Terengganu

Gambar sekitar mesyuarat tapak projek pembinaan bangunan baru JKMC Terengganu bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak kontraktor

 

Kemaskini: Januari 29, 2016 pada 1:31 am