info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Kimia Malaysia ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah

KEDAH – Pada 05 April 2015, Tuan Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Tuan Hj. Ismail Bin Talib telah melakukan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah buat pertama kalinya sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah Kimia Malaysia yang baru menggantikan Dato’ Ahmad Ridzuan bin Ibrahim yang telah bersara wajib pada 20 Disember 2014 yang lalu. Sempena lawatan tersebut, majlis sambutan telah dijalankan melalui dua program iaitu Perhimpunan Bulanan April 2015 dan Dialog Tuan Ketua Pengarah Kimia Malaysia Bersama Kakitangan.

Majlis sambutan tersebut telah diadakan di Aula Perdana, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah dan dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat perkembangan pengurusan dan aktiviti jabatan bagi suku pertama tahun 2015 oleh Tuan Pengarah, Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad. Seterusnya ucapan dan amanat telah disampaikan oleh Tuan Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Tuan Hj. Ismail Bin Talib. Sepanjang ucapan selama lebih 2 jam beliau telah berkongsi pengalaman beliau semasa berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia disamping memberi nasihat dan motivasi kepada semua kakitangan supaya bekerja dengan lebih tekun dan bersemangat bagi meningkatkan lagi kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan Jabatan Kimia Malaysia tanpa mengira di mana saja kita bertugas.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil ucapan tahniah kepada 4 orang Pegawai Sains C41 yang telah dinaikkan pangkat ke C44 hakiki (2 orang) dan KUP (2 orang) pada bulan Januari yang lalu. Sesi dialog bersama Ketua Pengarah kemudian dimulakan pada pukul 11.30 pagi selepas majlis berhenti rehat untuk minum pagi dan sesi bergambar. Antara persoalan yang ditimbulkan oleh kakitangan semasa dialog adalah mengenai pakaian korporat, perolehan peralatan computer, elaun hazard dan peluang/faedah kepada kakitangan yang memegang ijazah lanjutan. Semua kemusykilan dan masalah yang telah diutarakan oleh kakitangan telah dapat dijawab dan diselesaikan oleh Tuan Ketua Pengarah. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Ketua Pengarah Kimia Malaysia.Sebelum bersurai, Tuan Ketua Pengarah telah sudi menandatangani Buku Pelawat Jabatan sebagai tanda kenangan.

Imbasan sepanjang program :

Ucapan aluan daripada Pengarah Kimia Malaysia Cawangan Kedah, Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad

Ucapan aluan dan amanat daripada Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Tuan Hj. Ismail Bin Talib

Penyampaian sijil kenaikan pangkat kepada Pegawai Sains terlibat

Sesi dialog Ketua Pengarah Kimia Malaysia bersama kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah

Penyampaian cenderahati kepada Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Tuan Hj. Ismail Bin Talib

Sesi bergambar bersama kakitangan

 

Sumber : JKM Cawangan Kedah

 

Kemaskini: April 10, 2015 pada 12:23 am