info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Lawatan Ilmiah dari SMK(A) Sultan Muhammad ke Kimia Melaka

Melaka –Pada 7 April, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Melaka telah menerima kunjungan lawatan ilmiah dari SMK(A) Sultan Muhammad, Melaka.  Seramai 58 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah hadir dalam lawatan tersebut dan telah dirasmikan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil Pengarah, Encik Mohammed Zairil Bin Ahmad Noordin selaku Ketua Bahagian SGKAS.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan mengenai fungsi-fungsi jabatan serta penggunaan teknologi dalam bidang biologi. Sehubungan dengan itu, pelajar dibawa melawat ke makmal Mikrobiologi dan makmal Makanan, di mana telah menarik minat dan membuka minda generasi muda khususnya pelajar aliran sains dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang sains khususnya.

Lawatan berakhir pada pukul 12 tengahari dan telah menerima maklumbalas yang positif daripada semua pelajar dan guru.

Imbasan sepanjang program :

Lawatan ke Makmal Mikrobiologi

Lawatan ke Makmal Mikrobiologi

Lawatan ke Makmal Makanan

Lawatan ke Makmal Makanan

 

Sumber : Nur Maisarah, Kimia Melaka

 

Kemaskini: April 9, 2015 pada 6:20 am