info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Lawatan Daripada Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Kuala Terengganu – Pada 16/05/2016, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu (JKMC Terengganu) telah menerima satu lawatan oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Ketibaan mereka pada jam 3.00 petang telah disambut oleh Pengarah JKMC Terengganu, En. Mazlan b. Yusoff dan tiga orang Pengurus OSH bagi setiap bahagian iaitu Puan Siti Redzoh bt. Ibrahim, En. Wan Ahmad Ashadi b. Wan Kamil dan Pn. Li Hui Ling.

Seramai 3 orang pegawai dari muzium yang hadir untuk membuat lawatan ini yang terdiri daripada En. Wan Annuar Qhusama Wan Mamat, En. Fairuz Amri Ismail dan En. Ahmad Safuan Alias. Tujuan mereka membuat lawatan ini adalah ingin mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mengenai tahap risiko bahan kimia dan kaedah penyimpanan yang betul di dalam makmal. Ini kerana pihak muzium menggunakan bahan kimia tersebut untuk tujuan pengawetan bahan-bahan aritifak untuk pameran.

Pihak muzium telah diberi penerangan secara jelas tentang prosedur yang sepatutnya berkaitan penyimpanan dan risiko yang ada pada bahan kimia merujuk kepada Material Safety Data Sheet (MSDS). Selepas penerangan dibuat, mereka di bawa ke dalam Makmal Toksikologi dan Forensik untuk melihat sendiri kaedah penyimpanan yang betul. Lawatan telah berakhir pada jam 4.30 petang

Sesi penerangan oleh JKMC Terengganu berkaitan risiko dan kaedah penyimpanan bahan kimia

Wakil dari Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Lawatan ke dalam Makmal Toksikologi bagi melihat kaedah penyimpanan bahan kimia

 

 

Kemaskini: Mei 18, 2016 pada 1:10 am