info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Latihan Amali Ex-Storm XIII

EX-STORM adalah singkatan Exercise for Special Team Operation & Response Mechanism yang diterajui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Latihan amali Ex-Storm XIII telah diadakan di perkarangan Menara Berkembar PETRONAS KLCC dan Stesen LRT Rapid KLCC  bermula pada  jam 11.30 malam 19 September 2014 dan berakhir pada jam 4.00 pagi 20 September 2014.

Pihak JBPM telah mewujudkan scenario yang agak kompleks dalam latih amali ini yang melibatkan kebakaran, letupan, keruntuhan struktur di Menara PETRONAS KLCC, pelepasan gas beracun dan tumpahan bahan kimia berbahaya di Stesen LRT Rapid KLCC.

Latihan ini melibatkan pelbagai unit di bawah JBPM iaitu Hazmat Unit, Canine Unit, Emergency Medical Rescue Services (EMRS), Multi Skill Team (MUST) FRDM Air Wing dan Unit Komunikasi, dan turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan. Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Diraja Malaysia (Unit CBRNE), SMART Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Hospital, Jabatan Kimia Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Tujuan latihan diadakan adalah untuk memberi latihan kepada semua agensi yang terlibat supaya mahir dan cekap dalam menangani situasi-situasi cemas seperti kebakaran, bangunan runtuh dan tumpahan bahan kimia berbahaya serta menilai respon dan kerjasama semua agensi kerajaan yang terlibat. Penglibatan pihak Jabatan Kimia Malaysia buat julung kalinya dalam latihan seperti ini telah memberikan suatu pengalaman yang amat berguna bagi mempertingkatkan lagi kesiapsiagaan dan kemudahan dalam menangani kejadian krisis/ bencana.

Lokasi: Jabtan Kimia Petaling Jaya – Pegawai sedang membuat persiapan dan menunggu

   

Kenderaan di lokasi latihan (Hadapan Pintu masuk Suria KLCC) – Pegawai Jabatan Kimia sedang berbincang dan menunggu sampel daripada Pasukan CBRNE.


   
 Lokasi: Stesen LRT KLCC. Mangsa orang awam dan Ahli Bomba di tempat bencana yang disebabkan terhidu gas beracun
 

Pasukan bantuan mengambil alih tempat kejadian disebabkan kehadiran gas beracun. (Pasukan Hazmat Bomba dan Pasukan CBRNE Bomba danTentera)

Pasukan bantuan untuk rawatan bersiap sedia menerima mangsa. (Pasukan Bomba dan Pasukan daripada Hospital)

Proses “decontamination” kepada mangsa sebelum diberi rawatan selanjutnya

Bahan kimia berbahaya yang terdapat di lokasi kejadian diambil dan dihantar kepada Pasukan Jabatan Kimia Malaysia untuk membuat penentuan dan pengesahan kandungan sebenar bahan tersebut.

Pegawai dari Jabatan Kimia Malaysia yang terlibat dalam Latihan bencana tersebut.

Dari kiri: En. Mohd Rahmat Ramathani, En. Saiful Anuar, En. Sivabalan, Dr. Raja Subramaniam, En. Halmi Ahmad dan En. Mohan

 

Kemaskini: November 6, 2014 pada 7:32 am