info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Laporan Majlis Perasmian Pusat DNA Forensik JKMC Sabah Dan Pelancaran Aplikasi Pra-Pendaftaran SPIM

Pada 12 September 2014, Yang Berhormat Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah merasmikan pusat DNA Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SPIM (Sistem Pengurusan Informasi Makmal) . Encik Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim , Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia telah memberi ucapan aluan diikuti dengan ucapan perasmian YB Menteri MOSTI.

Seramai dua ratus tetamu dari beberapa jabatan dan agensi dibawah MOSTI dan juga jabatan-jabatan persekutuan di Sabah turut hadir pada hari tersebut. Lapan pegawai dari Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya , di antara mereka ialah Tuan Hj. Ismail Talib, Timbalan Ketua Pengarah Kimia, Dr. Kamarruddin Bin Asri, Pengarah Forensik, Tengku Muhamad Bin Tengku Abdullah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Baktiar Kassim, Ketua Seksyen DNA, tiga pegawai ICT dan seorang Pegawai Perhubungan Awam telah menghadiri majlis ini dan memberi sokongan moral kepada warga kimia Sabah.

Pusat DNA forensik telah mula diubahsuaikan dengan bantuan dan seliaan pegawai dari Pasukan Projek Sabah, JKR Malaysia pada 24 Oktober 2013 dan kerja-kerja pengubahsuaian telah siap pada 09 Disember 2013. Kos yang dibelanjakan untuk pengubahsuaian makmal latihan di tingkat bawah kepada pusat DNA forensik ialah RM 214, 468.00. Manakala kos peralatan saintifik termasuk latihan ialah RM2.922 juta. Kerja validasi kaedah-kaedah ujian dijalankan dari bulan Januari sehingga 06 Jun 2014 dan perkhidmatan analisa DNA bermula pada 09 Jun 2014.

Ketibaan YB Datuk Dr. Ewon Ebin ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, Sabah dan disambut oleh Encik Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia bersama Tuan Haji Ismail Talib, Timbalan Ketua Pengarah Kimia, Puan Ong Jeok Chin, Pengarah Kimia Sabah dan Encik Biling AK Peter Raig, Ketua Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, Sabah

Encik Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia mengucap kata-kata aluan.

YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri MOSTI memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Pusat DNA Forensik dan melancarkan Aplikasi Pra-Pendaftaran Sistem Pengurusan Informasi Makmal (SPIM)
 
Pusat DNA forensik di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah ialah pusat yang kelima di Jabatan Kimia Malaysia selepas pusat DNA forensik di Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Ibupejabat di Petaling Jaya, Selangor.

Pada hari yang sama, Yang Berhormat Datuk Dr. Ewon Ebin telah melancarkan Aplikasi Pra Pendaftaran SPIM Jabatan Kimia Malaysia . Aplikasi ini beroperasi secara atas talian adalah satu lagi usaha inovatif Jabatan Kimia Malaysia untuk memberi kemudahan kepada para pelanggan mendapatkan perkhidmatan Jabatan ini. Aplikasi ini telah berjaya diintegrasikan dengan sistem SPIM Jabatan Kimia Malaysia dan penggunaan aplikasi ini dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan di kaunter-kaunter pendaftaran kes dan mempercepatkan proses penerimaan barang kes.

Pameran daripada setiap Seksyen di bawah Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Kota Kinabalu juga diadakan sempena majlis ini dijalankan. Di samping menerangkan bidang tugas dan beban kerja setiap seksyen melalui berbagai poster, contoh-contoh ekshibit juga dipamerkan. KIOSK jabatan telah dinaiktaraf dan dikemaskini dengan applikasi Pra Pendafaran SPIM. Pelanggan diberi peluang untuk mencuba applikasi tersebut. Pameran ini telah berjaya menarik perhatian daripada para pengunjung. Majlis ini telah bermula pada pukul 02.15 petang dan tamat pada pukul 05.00 petang.
   

YB datuk Dr. Ewon Ebin , Menteri MOSTI memasukkan plat sampel ke dalam alat saintifik thermocycler, satu gimik perasmian

YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri MOSTI menekan butang SPIM sebagai gimik pelancaran Aplikasi Pra-Pendaftaran SPIM
   
  Puan Siti Marlindrah (Pegawai Sains Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Sabah) memberi keterangan tentang prosedur aplikasi pra pendaftaran SPIM.

Encik Ahmad Ridzuan, Ketua Pengarah Kimia memberi keterangan tentang pusat DNA forensik

YB Datuk Dr. Ewon Ebin memukul gong tiga kali sebagai tanda perasmian dan seterusnya menandatangani plak seperti dibawah

Plak bagi Pusat DNA Forensik yang telah ditandatangani oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri MOSTI

Menteri dan Timbalan Menteri MOSTI bersama Cik Rita Tie, Pakar analisis DNA dibilik Ekstraksi Sampel, Pusat DNA Forensik

Menteri, Timbalan Menteri dan KSU MOSTI mendengar keterangan dari Ketua Pengarah Kimia tentang kes-kes jenayah yang dipamerkan di ruang pameran

Sidang media bersama YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri MOSTI, diiringi oleh Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri MOSTI, Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha MOSTI, Encik Ahmad Ridzuan Bin Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia dan Puan Ong Jeok Chin, Pengarah Kimia Sabah.

Sumber : Ong Jeok Chin, JKMC Sabah

 

Kemaskini: November 6, 2014 pada 7:26 am