info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Laporan Hari Terbuka Kimia Malaysia 2014

Hari Terbuka Jabatan Kimia Malaysia 2014 telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Petaling Jaya, Selangor pada 24 Jun 2014, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang yang bertemakan “fun @ kimia malaysia”. Program ini telah menarik perhatian ramai pengunjung yang terdiri daripada pelanggan agensi kerajaan dan swasta, pelajar sekolah menengah dan kolej serta orang awam. Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA MOSTI serta rombongan lawatannya.

Objektif Hari Terbuka Jabatan Kimia Malaysia adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai fungsi dan perkhidmatan Kimia Malaysia dengan memperkenalkan bidang-bidang kerja baru dan teknologi terkini yang digunakan, justeru memberi peluang kepada pelanggan dan orang ramai memberi maklumbalas, mendapatkan penjelasan dan maklumat mengenai perkhidmatan Jabatan Kimia Malaysia.

Para pengunjung berkesempatan menambah pengetahuan tentang bidang perkhidmatan analisis Kimia Malaysia melalui poster, hasil penerbitan dan pameran. Pameran interaktif telah disediakan oleh Bahagian Forensik (Seksyen Kriminalistik, Seksyen Pemeriksaan Dokumen, Seksyen DNA Forensik, Seksyen Narkotik), Bahagian Industri dan Klasifikasi Tarif Dagangan, Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti, Bahagian Kesihatan Alam Sekitar (Seksyen Alam Sekitar, Seksyen Air, Seksyen Makanan dan Seksyen Bioteknologi). Selain pameran, aktiviti-aktiviti menarik lain telah disediakan oleh setiap kaunter seperti kuiz interaktif yang berupa teka-teki, silang-kata, cari kata, uji minda, permainan matching, permainan komputer interaktif, tayangan video, model fungsi perkhidmatan Kimia, model sains serta demonstrasi analisis kimia menarik.

Aktiviti “Crime Scene Investigation (CSI) Treasure Hunt” mendapat sambutan hangat daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di mana mereka berpeluang melakukan ujian-ujian pengesanan bahan-bahan bukti di kejadian jenayah yang direka oleh Bahagian Forensik.

Sesi bergambar bersama Tuan Ketua Pengarah JKM, En. Ahmad Ridzuan bin Ibrahim (duduk 2 dari kiri) dan (duduk dari kiri) Puan Mek Azizah binti Che Mat, Pengerusi PUSPANITA JKM, YBhg. Datin Hajah Rohana binti Abdullah@Madon, Pengerusi PUSPANITA MOSTI, YBhg. Datin Noorizan binti Abu Bakar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA MOSTI, Puan Sharifah Hanim binti Zaki, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), En. Ng Hock Sing, Pengerusi Jawatankuasa Hari Terbuka Kimia Malaysia (berdiri tengah), wakil-wakil PUSPANITA MOSTI dan JKM

YBhg. Datin Hajah Rohana binti Abdullah@Madon, Pengerusi PUSPANITA MOSTI dan Puan Mek Azizah binti Che Mat, Pengerusi Puspanita JKM tertarik terhadap piramid makanan semasa melawat ke kaunter pameran Seksyen Makanan dengan diiringi oleh Tuan Ketua Pengarah JKM, En. Ahmad Ridzuan bin Ibrahim dan En. Wong Kok Fah, Pengarah Bahagian KAS.

 
Kultur bakteria yang dipamerkan menarik minat para pegawai kanan JKM semasa melawat ke kaunter Seksyen Bioteknologi. (dari kiri ke kanan) Tuan. Hj. Ismail bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Y.M. Tengku Muhamad bin Tengku Abdullah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, En. Ng Hock Sing, Pengarah Bahagian PJK, En. Wong Kok Fah, Pengarah Bahagian KAS bersama Tuan Ketua Pengarah, En. Ahmad Ridzuan bin Ibrahim
 
Para pengunjung memberi perhatian terhadap penjelasan oleh pegawai JKM tentang Forensic DNA Profiling semasa melawat ke kaunter pameran Seksyen DNA Forensik
 
Pelajar-pelajar sekolah tertarik menyaksikan pemeriksaan nombor siri chasis dan enjin motosikal semasa melawat ke kaunter pameran Seksyen Kriminalistik
 
Wartawan TV Al-Hijrah sedang merakamkan demonstrasi eksperimen “Specific Gravity (SG) Hydrometer” oleh pegawai Seksyen Makanan
 
Pengunjung meninggalkan kenangan manis semasa melawat kaunter pameran Bahagian PJK

 

 

Kemaskini: November 6, 2014 pada 7:21 am