info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Questioned Documents in Courts : Trend of Testimony

Negeri Sembilan – Kursus Questioned Documents in Courts : Trend of Testimony telah diadakan pada 25 hingga 28 September 2017 bertempat di Hotel Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. Kursus ini adalah melibatkan Pegawai Sains Gred C41 hingga C54 dan Pembantu Makmal Gred C19 hingga C22 dari Ibu Pejabat dan Makmal-Makmal Cawangan Jabatan Kimia Malaysia yang bertugas di Seksyen Pemeriksaan Dokumen, Bahagian Forensik di Jabatan Kimia Malaysia.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta kursus terhadap sistem perundangan yang berkaitan dengan isu analisis kes pemeriksaan dokumen. Sekaligus, ini dapat meningkatkan keyakinan para peserta dalam memberi keterangan sebagai seorang saksi pakar di mahkamah.

Majlis Perasmian Penutup kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia

 

sinaran 1
sinaran 1 sinaran 1

Kemaskini: Oktober 3, 2017 pada 3:22 pm

Tags: