info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Profesionalisme Diri Unggul Bagi Penolong Pegawai Sains Tahun 2016

           Kursus Profesionalisme Diri Unggul Bagi Penolong Pegawai Sains Tahun 2016 telah diadakan pada 22 hingga 26 Februari 2016  bertempat di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Melaka. Seramai 33 peserta dari Ibu Pejabat dan Makmal-Makmal Cawangan Jabatan Kimia Malaysia telah menghadiri kursus ini.

      Kursus ini disasarkan kepada Penolong Pegawai Sains yang telah berkhidmat melebihi 3 tahun. Peserta terdiri daripada kakitangan jabatan yang telah mempunyai kompetensi asas dalam menjalankan tugasan makmal.

      Objektif kursus ini adalah menjurus kepada peningkatan kompetensi soft-skills ke arah mencapai organisasi bertamadun, meningkatkan kompetensi teknikal lanjutan berkaitan tugasan di makmal, memahirkan peserta terhadap asas perolehan kerajaan serta prosedur kewangan yang berkaitan, menjana pemikiran kreatif bagi menghasilkan inovasi yang boleh memberi manfaat kepada organisasi dan menambahkan pengetahuan peserta terhadap keselamatan penggunaan media sosial serta sifat tanggungjawab terhadap kebebasan penggunaannya.

      Bagi membuka minda peserta dalam menjana pemikiran kreatif dan inovasi, para peserta telah dibawa melawat ke Pejabat Daerah dan Tanah, Melaka Tengah yang merupakan Johan Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah Tahun 2015. 

      Majlis penutup kursus telah disempurnakan dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar.

 

Kemaskini: Februari 29, 2016 pada 9:09 am