info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Penyelesaian Masalah ‘Troubleshoot HPLC tahun 2016

Melaka – Kursus Penyelesaian Masalah ‘Troubleshoot’ Peralatan HPLC Tahun 2016 telah diadakan pada 1 hingga 4 Ogos 2016  bertempat di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Melaka. Seramai 15 peserta dari Ibu Pejabat dan Makmal-Makmal Cawangan Jabatan Kimia Malaysia telah menghadiri kursus ini.

      Kursus ini disasarkan kepada pegawai yang menggunakan HPLC dalam tugasan harian mereka. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai dari gred C27 hingga C44. Program kursus telah dirangka menggunakan kaedah praktikal dan perbincangan.  Objektif kursus ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan mengenai fungsi dan operasi setiap komponen HPLC, melatih pegawai untuk menjalankan penyelesaian masalah dengan sendiri, meningkatkan pengetahuan menangani masalah yang timbul semasa mengendalikan peralatan HPLC, dan meningkatkan kemahiran mengenai teknik mengoptimumkan penggunaan peralatan HPLC.

      Dengan terlaksananya kursus ini diharap dapat memberikan pendedahan yang lebih terperinci kepada pegawai yang mengendalikan peralatan HPLC supaya penyelesaian masalah dapat dijalankan dengan kadar segera, justeru itu ianya dapat mengurangkan masa ‘down-time’ peralatan ini. Majlis penutupan kursus telah disempurnakan dengan penyampaian sijil oleh Pengarah Jabatan Kimia Malaysia CawanganMelaka.

Foto sepanjang program:

Kemaskini: Ogos 25, 2016 pada 10:39 am

Tags: