info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Penulisan Artikel Saintifik Tahun 2016

Kursus Penulisan Artikel Saintifik telah diadakan pada 31 Mei hingga 1 Jun 2016 di Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Petaling Jaya, Selangor. Kursus anjuran Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti (PJK) ini telah disertai oleh seramai 29 orang pegawai dari makmal Ibu Pejabat sahaja.

Objektif kursus ini adalah untuk melengkapkan kebolehan dan kepakaran pegawai bagi menghasilkan artikel saintifik yang berkualiti tinggi untuk komuniti saintifik. Dua orang pensyarah kanan bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Lim Jit Kang dan Dr. Low Siew Chun telah di jemput bagi menjayakan kursus ini. Metodologi kursus adalah secara syarahan, demonstrasi, bimbingan individu dan latihan praktikal  oleh. Kursus ini telah dirasmikan dan ditutup dengan rasminya oleh Pn. Zaiton binti Ariffin, Pengarah Bahagian PJK.

Kursus ini telah berjaya mendedahkan kepada para peserta  kemahiran penulisan yang berkesan dan memahami tatacara dalam proses penerbitan jurnal termasuklah penulisan, penghantaran artikel, dan memberi respon  kepada komen yang di bangkitkan sehinggalah artikel berjaya di terbitkan. Ini merupakan antara inisiatif dalam usaha meningkatkan kemajuan kemahiran penulisan di kalangan pegawai  untuk menggalakkan lebih banyak sumbangan artkel saintifik dalam penerbitan jurnal dan buletin demi mempromosikan hasil penyelidikan Jabatan kepada awam.

Majlis perasmian dan penutup telah dirasmikan oleh Pn. Zaiton binti Ariffin, Pengarah Bahagian PJK.

Gambar peserta bersama Pn. Zaiton binti Ariffin, Pengarah Bahagian PJK (duduk tengah) dan penceramah, (duduk 1 dari kiri) Dr. Low Siew Chun, Prof. Madya Dr. Lim JitKang dan Pn. Halimah Abdul Rahim, Ketua Seksyen Pengurusan Sistem Teknikal (PST), dan Dr. Malarvili Ramalingam (penyelaras kursus).

Peserta memberi tumpuan kepada ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Lim Jit Kang.

Kemaskini: Ogos 1, 2016 pada 7:27 am

Tags: