info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Peningkatan Profesionalisme Untuk Pembantu Makmal Tahun 2016

Pada 25 hingga 27 April 2016 telah diadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Bagi Pembantu Makmal Tahun 2016 bertempat di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Melaka. Seramai 31 orang peserta dari Ibu Pejabat dan Makmal-Makmal Cawangan Jabatan Kimia Malaysia telah menghadiri kursus ini.

      Kursus ini disasarkan kepada Pembantu Makmal yang telah berkhidmat melebihi 3 tahun dan yang telah mempunyai kompetensi asas dalam menjalankan tugasan makmal. Objektif kursus ini adalah menambahkan kompetensi soft-skills kepada peserta ke arah mencapai organisasi bertamadun, meningkatkan kompetensi teknikal lanjutan yang berkaitan dengan tugasan di Makmal, menambahkan pengetahuan peserta mengenai keselamatan siber, dan menjana pemikiran kreatif bagi menghasilkan inovasi yang boleh memberi manfaat kepada organisasi.

      Kursus diharap akan dapat menepati hasrat Jabatan untuk mengukuhkan ilmu, kompetensi dan kemahiran pegawai-pegawai dalam melaksanakan tugas dengan cekap.

      Kursus diakhiri dengan penyampaian sijil dan mengambil foto kumpulan.

Kemaskini: Mei 4, 2016 pada 8:32 am