info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Pengurusan Kualiti yang Berkesan Jabatan Kimia Malaysia

Kursus Pengurusan Kualiti yang Berkesan telah diadakan di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Melaka selama 4 hari berlangsung dari 27 sehingga 30 Oktober 2014. Kursus ini telah dihadiri oleh 25 pengurus kualiti dan timbalan pengurus kualiti dari Ibu Pejabat dan Makmal Cawangan KIMIA Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pengurusan sistem kualiti.

Kursus yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kualiti, Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti (PJK) adalah bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan para peserta terhadap pengurusan dan penyelenggaraan dokumen kualiti di dalam makmal.

Tuan Haji Mohamad Rastari bin Kassim, Ketua Seksyen Pengurusan Inovasi dan Kualiti menyampaikan ceramah berkaitan sistem kualiti di KIMIA Malaysia

Di samping itu, para peserta telah didedahkan dengan penjelasan terperinci mengenai perubahan dan keperluan terkini pada Manual Kualiti dan Standard Operating Procedure (SOP) Kualiti Jabatan berikutan semakan kali keenam pada tahun 2014. Dokumen dan rekod pelaksanaan untuk pengurusan kualiti juga telah diselaraskan supaya lebih sistematik dan efektif.

Mesyuarat Pengurus Kualiti kali kelima juga telah diadakan dan dipengerusikan oleh Pengarah PJK, En. Ng Hock Sing, selaku Wakil Pengurusan. Mesyuarat ini merupakan platform untuk pengurus kualiti dan timbalan pengurus kualiti membincangkan masalah berkaitan kualiti.

Mesyuarat Pengurus Kualiti kali kelima

Penceramah kursus, Pn. Ng Pui Wan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Implementation and Maintenance of MS ISO/IEC 17025:2005’

Sumber: Unit Pengurusan Kualiti, PJK

 

Kemaskini: November 7, 2014 pada 8:09 am