info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Pengurusan Kewangan, Perakaunan dan Perolehan

Kursus Pengurusan Kewangan, Perakaunan dan Perolehan telah berlangsung pada 22 hingga 24 September 2016 bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highlands, Pahang. Kursus ini merupakan salah satu program kepakaran pembangunan modal insan Jabatan Kimia Malaysia yang disasarkan kepada semua kakitangan yang terlibat dengan pengurusan kewangan.

Objektif kursus adalah untuk membincangkan penemuan audit berdasarkan audit-audit lepas disamping memberi kefahaman tentang pengurusan bajet dan pembayaran. Peserta juga telah diberi pemahaman konsep dan tatacara perakaunan terimaan, perbelanjaan dan bayaran.

Kursus ini dihadiri seramai 31 orang peserta di kalangan kakitangan Kumpulan Sokongan Gred 19 hingga Gred 38 dari Ibu Pejabat dan Cawangan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan.

Penceramah terdiri daripada Akauntan Jabatan, Pegawai Perolehan Jabatan dan Pegawai dari MOSTI. Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia.

Foto sepanjang program:

bksu3

Tuan Haji Ismail Bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia Bergambar Bersama Penceramah Dan Peserta Kursus Pengurusan Kewangan, Perakaunan dan Perolehan

bksu4

Kursus Disampaikan Melalui Ceramah Dan Latihan

 

 width=

Perasmian Majlis Penutup Kursus Pengurusan Kewangan, Perakaunan dan Perolehan Disempurnakan Oleh Tuan Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia

 

Kemaskini: September 27, 2016 pada 5:20 pm

Tags: