info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Pengukuhan ASCLD/Lab International: Bagi Skop Interpretasi Analisis DNA Forensik Tahun 2017

Kursus Pengukuhan ASCLD/LAB International: Bagi Skop Interpretasi Analisis DNA Forensik tahun 2017 telah diadakan pada 23 hingga 25 Mei 2017 (3 hari) bertempat di Ibupejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Kursus ini merupakan salah satu program latihan teknikal dalam Bidang Analisis DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia yang disasarkan kepada  kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Sains Gred C41 hingga C48) dari Makmal Ibu Pejabat dan Makmal Cawangan Kota Kinabalu, Kuching, Johor, Terengganu dan Pulau Pinang.

Kursus ini meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam menyelesaikan isu-isu interpretasi profil DNA merangkumi pengiraan statistik dan melaporkan keputusan tersebut dengan tepat dalam laporan kimia.  Ini sekaligus memantapkan kualiti penyampaian DNA Forensik dalam memberikan keterangan dalam kes pendakwaan di mahkamah. Kursus ini juga dapat mengukuhkan prosedur operasi standard bagi skop interpretasi analisis DNA Forensik dalam sistem kualiti antarabangsa: ASCLD/LAB.

Majlis Perasmian dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.

Penceramah: Pn. Nor Aidora Bt Saedon, Pn. Siti Hajar binti Hussin, En. Abdul Hail bin Ahmad Tarmizzi, Pn. Sharifah Nur Hafiza binti Syed A. Rahman dan Pn. Erizasyira Bt Basri.

Peserta: Pn. Siti Redzoh binti Ibrahim, Pn. Muzaiyanah binti Mohd Kaprawi, En. Asrul Hafez bin Zulkifly, En. Jayasilan a/l Sinnathurai, Pn. Wan Zalina binti Wan Faizal, En. Sopian Ashafi bin Mohamed, Pn. Nurul Hamizai binti Abdul Hamid, Pn. Nor Alfarizan binti Mokhtaruddin, En. Rubeshan a/l Shamugam, Pn. Normazlina binti Zainudin, En. Muhamad Sufiyan bin Azah, Pn. Allia binti Shahril, En. Mohd Firdaus bin Che Amran, En. Mohd Iqbal bin Zulkafli, En. Mohd Shafiq bin Zulkarnain, Pn. Natassha binti Hashim, Pn. Siti Zubaidah binti Abd Rahim, Cik Wong Lai Hong, En. Hasnulhadi bin Abdullah, Wan Nur Zawani binti Wan Mohd Samsudin, En. Haznan bin Hashim, Pn. Nor Azida binti Daud, En. Zulkefli bin Muhamad, En. Ahmad Zaeri bin Latahir, Chi Yuen Yee, Pn. Sitti Mariam binti Nunurung, Pn. Rina binti Mat Nawi.

Urusetia: Pn. Nur Haliza Bt Hassan, Pn. Nor Ummiza binti Kamaruzaman, En. Zulhilmi bin Husni, En. Mohamad Zulfadli bin Mohd Zaidi

Kemaskini: Jun 5, 2017 pada 8:48 am

Tags: