info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Pemantapan Pembantu Makmal Kader Tahun 2014

Kursus  Pemantapan Pembantu Makmal Kader Tahun 2014 telah diadakan di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Melaka  selama 2 minggu bermula dari 22 September 2014 sehingga 3 Oktober 2014. Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah menginap di Akademi Pengangkutan Jalan yang terletak  di Tiang Dua. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada Pembantu Makmal Kader dari Jabatan Pertanian seluruh negara mengikuti kursus ini.

Objektif kursus ini  adalah  untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta tentang  analisis kimia  termasuk pengendalian peralatan saintifik supaya mereka dapat menjalankan  tugas dengan lebih cekap dan menghasilkan keputusan analisa yang tepat. Disamping itu juga, peserta dapat menjalinkan perhubungan  dan jaringan kerja dengan peserta lain dan penceramah dan seterusnya berkongsi ilmu pengetahuan untuk kemajuan diri dan Jabatan.

Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dan diberi latihan mengenai pelbagai teknik analisis kimia makmal yang perlu dilaksanakan  dari  aspek teori dan praktikal.

Maklumbalas di akhir kursus, mendapati kesemua peserta sangat berpuashati dengan segala tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan yang diperolehi. Ujian di awal dan akhir kursus juga menunjukkan peningkatan kefahaman peserta mengenai subjek yang diajar.  Secara keseluruhannya objektif  kursus ini telah tercapai.


   
 

Kemaskini: November 6, 2014 pada 7:32 am