info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Orientasi Pegawai-Pegawai Baru Ibu Pejabat

Petaling Jaya – Kursus Orientasi Pegawai-pegawai Baru Ibu Pejabat telah berlangsung pada 22 Februari 2018 bertempat di Bilik Seminar PMT, Bangunan Persekutuan, Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya. Seramai 11 orang peserta di kalangan Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41 dan Kumpulan Pelaksana pada Gred 11 hingga 29 yang berkhidmat di Ibu Pejabat. Majlis perasmian penutup bagi penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia.

Pelaksanaan kursus telah dapat mencapai objektif yang disenaraikan iaitu untuk memberi pengetahuan mengenai objektif, fungsi dan struktur organisasi Jabatan dan Kementerian serta hubungannya dengan agensi-agensi lain, memberi pengetahuan mengenai peraturan, prosedur dan sistem kerja yang perlu diamalkan oleh semua anggota Jabatan dan memberi pendedahan kepada anggota lantikan baru terhadap kemudahan, peralatan, aliran kerja dan persekitaran organisasi melalui lawatan-lawatan ke makmal-makmal yang ditetapkan.

sinaran 1
   
 

 

Kemaskini: Februari 27, 2018 pada 9:40 am