info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Mengendalikan Ketidakpatuhan Kualiti Dan Pelaksanaan Tindakan Pembetulan & Pencegahan Tahun 2016

Kursus Mengendalikan Ketidakpatuhan Kualiti dan Pelaksanaan Tindakan Pembetulan & Pencegahan Tahun 2016 telah diadakan pada 9 hingga 11 November 2016  bertempat di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Melaka. Seramai 27 peserta dari Ibu Pejabat dan Makmal-Makmal Cawangan Jabatan Kimia Malaysia telah menghadiri kursus ini.

Kursus ini disasarkan kepada Pegawai Sains yang terdiri daripada kakitangan jabatan Gred C41 hingga Gred C52 yang terlibat secara langsung dalam Pengurusan Sistem Kualiti di Ibu Pejabat dan Makmal Cawangan masing-masing

      Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta terhadap teknik dan kaedah mengendalikan ketidakpatuhan kualiti di dalam makmal, memberikan penjelasan terperinci kepada peserta mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam melaksanakan tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan, memahirkan peserta dalam mengenalpasti keadaan atau ‘trigger points’ untuk tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan, meningkatkan kompetensi peserta dalam memastikan ketidakpatuhan yang timbul dari kerja-kerja analisis disiasat, dianalisa dan tindakan pembetulan dilaksanakan dengan efektif, dan menambahkan kemahiran peserta dalam memastikan tindakan pencegahan diambil sebagai tindakan pro-aktif dalam mengenalpasti peluang penambahbaikan serta punca ketidakpatuhan.

      Majlis Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.

 

Kemaskini: Januari 9, 2017 pada 9:01 am

Tags: