info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran Bagi Pekerja Sinaran Tahun 2017

Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran Bagi Pekerja Sinaran Tahun 2017 telah diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2017 bertempat di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Melaka. Seramai 38 peserta dari Ibu Pejabat dan Makmal Cawangan Johor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kuching dan Kota Kinabalu telah menghadiri kursus ini.

Kursus ini disasarkan kepada Pegawai Sains yang terdiri daripada kakitangan jabatan Gred C19 hingga Gred C48 yang terlibat secara langsung dalam pengendalian peralatan sinaran di Ibu Pejabat dan Makmal Cawangan masing-masing

Objektif kursus ini adalah untuk memberi latihan, pendedahan dan pemahaman kepada pekerja sinaran baru dan pekerja sinaran yang sedia ada mengenai perlindungan dan keselamatan sinaran seperti yang termaktub dalam perundangan berkaitan penggunaan tenaga atom di Malaysia, untuk membincangkan perlaksanaan sistem pengurusan sinaran di Ibu Pejabat dan cawangan Jabatan Kimia Malaysia dalam memastikan keseragaman dalam memenuhi keperluan perundangan terkini dan menjamain keselamatan pekerja sinaran semasa menggunakan peralatan sinaran dan radas penyinaran, untuk memastikan keperluan perundangan di mana pihak pengurusan Jabatan Kimia Malaysia perlu memberikan latihan kepada pekerja sinaran sekurang-kuranganya sekali dalam tempoh 3 tahun.

Majlis Penutupan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.

sinaran 1sinaran2

Kemaskini: Jun 5, 2017 pada 8:48 am

Tags: