info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Kemahiran Perundingan Berkesan

Port Dickson – Kursus Kemahiran Perundingan Berkesan telah berlangsung pada 27 hingga 28 Julai 2016 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional gred 44 hingga Kumpulan Pengurusan Tertinggi dari Ibu pejabat dan cawangan telah menghadiri kursus tersebut.

Kemahiran dalam perundingan adalah salah satu elemen yang penting bagi mencapai visi dan misi sesuatu organisasi. Ini adalah kerana sesuatu organisasi tidak akan dapat lari dari menjalankan program usahasama, terutama dalam mengikut saranan kerajaan untuk mengusahakan NBOS. Pelaksanaan dan kejayaan sesuatu program memerlukan kepakaran dalam perundingan agar semua pihak mendapat faedah dan manfaat bersama. Sehubungan dengan ini, adalah wajar agar Pengarah dan pegawai – pegawai kanan Jabatan diberikan kemahiran dalam menjalankan sesuatu perundingan yang berkesan. Kursus ini secara umumnya akan menambahkan pengetahuan peserta kepada teknik perundingan dalam pekerjaan dan elemen yang perlu bagi memastikan sesuatu perundingan itu berjaya. Kursus ini bertujuan memberikan asas dalam meningkatkan pengetahuan peserta bagi menghasilkan rundingan yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Antara objektif kursus adalah untuk meningkatkan pemahaman terhadap prinsip dan elemen perundingan berkesan. Kursus ini juga dapat mempertingkatkan kemahiran dalam perundingan dan mengamalkan teknik perundingan yang berkesan dan meningkatkan keyakinan dan kesediaan diri menghadapi sesi perundingan dalam tugasan harian.

Foto sepanjang program: 

Antara Aktiviti Dalam Kumpulan Yang Dijalankan Sepanjang Kursus Tersebut

Tuan Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia bergambar bersama penceramah dan peserta Kursus Kemahiran Perundingan Berkesan

Tuan Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia menyerahkan cenderahati kepada Dr. Norazura binti Azharudin, penceramah bagi Kursus Kemahiran Perundingan Berkesan

Kemaskini: Ogos 8, 2016 pada 1:43 am

Tags: