info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Aplikasi Media Sosial Tahun 2015

Petaling Jaya – Pada 27 April 2015, Pusat Latihan Kimia Malaysia Cawangan Ibu Pejabat telah menganjurkan Kursus Aplikasi Media Sosial Tahun 2015 di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Seramai 50 orang peserta dari Ibu Pejabat JKM telah menghadiri kursus ini.

Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Sementara itu, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Jaringan sosial terbesar antara lain Facebook, Instagram, dan Twitter. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.

Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita.

Kursus ini dilaksanakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta terhadap pengetahuan dan penggunaan media sosial bagi membolehkan para pegawai memahami dan mengaplikasikan fungsi media sosial dalam tugasan serta melahirkan para pegawai Jabatan Kimia Malaysia yang berpengetahuan dan mahir menggunakan media sosial sebagai persediaan berhadapan situasi luar jangka yang memerlukan maklum balas secara seimbang dan professional. Kursus ini memberi penekanan khusus kepada penggunaan Facebook, Twitter dan Instagram mempromosikan nama Jabatan Kimia Malaysia di mata masyarakat.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Yazid Bin Yahya, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Kimia Malaysia dan beliau telah dibantu oleh Puan Siti Najwa Binti Pahrochi, Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Kimia Malaysia selaku fasilitator.

Imbasan sepanjang aktiviti :

 

 

Kemaskini: Mei 5, 2015 pada 6:47 am