info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Analisis Narkotik Bagi Kumpulan Pelaksana Tahun 2017

Melaka – Kursus Analisis Narkotik Bagi Kumpulan Pelaksana Tahun 2017 telah diadakan pada 25 hingga 27 September 2017 (3 hari) bertempat di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Melaka. Kursus ini merupakan salah satu program latihan teknikal dalam Bidang Analisis Narkotik, Jabatan Kimia Malaysia yang disasarkan kepada  kumpulan Pelaksana Gred C19 hingga C38 dari Makmal Ibu Pejabat dan Makmal-makmal Cawangan Jabatan Kimia Malaysia.

Sepanjang kursus diadakan para peserta telah dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai analisis asas dalam bidang narkotik selain dapat mendalami prinsip dan teknik analisis dalam kimia analitikal. Tahap kompetensi peserta juga telah dapat ditingkatkan melalui latihan praktikal yang diberi semasa kursus. Para peserta juga telah dapat menambah pengetahuan mereka mengenai keperluan pematuhan terhadap sistem kualiti ASCLD/LAB International.

Majlis Perasmian Kursus telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Ronah Binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kimia Malaysia, manakala Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Cornelia Charito Siricord, Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia

sinaran 1
sinaran 1 sinaran 1

Kemaskini: Oktober 2, 2017 pada 11:31 am

Tags: