info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Analisis Leptospira Dari Air Rekreasi Semulajadi Seksyen Bioteknologi Tahun 2017

Kursus Analisis Leptospira Dari Air Rekreasi Semulajadi Seksyen Bioteknologi Tahun 2017 telah diadakan pada 31 Julai hingga 4 Ogos 2017 (5 hari) bertempat di Ibupejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Kursus ini merupakan salah satu program latihan teknikal dalam Bidang Analisis Mikrobiologi Persekitaran, Jabatan Kimia Malaysia yang disasarkan kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Sains Gred C41 hingga C44) dari Makmal Ibu Pejabat dan Makmal Cawangan.

Kursus ini diadakan seiring dengan langkah strategik Jabatan dalam meningkatkan keupayaan makmal, pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam mikrobiologi persekitaran. Selaku Makmal Rujukan Kebangsaan (NRL), bidang analisis mikrobiologi persekitaran khususnya analisis Leptospira merupakan perkhidmatan analisis baru yang akan ditawarkan oleh Jabatan ini bagi memenuhi keperluan pelanggan. Kursus ini juga adalah bagi mempersiapsiagakan barisan pegawai pakar mikrobiologi untuk melaksanakan analisis tersebut.

Majlis Perasmian dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.

Penceramah: Pn. Hamidah Naim bt Muhamad Rizam, En Mohamed Nizam b Mohamed Noordin, Puan Azmaniza bt Tulimin

Peserta: Cik Norhayani binti Jusoh, Encik Mohd Juzaili bin Mohd Yusoff, Puan Nirmala binti Rabaei, Puan Norfaizah binti Suhaimi, Puan Asnida Masni binti Asuwar, Cik Lai Ching Wee, Encik Nazarudin bin Kamaldin, Encik Mohd Yaman bin Idris, Puan Nurhayati binti Basharudin dan Puan Siti Mariam Zhafarina binti Rusli.

Kemaskini: Ogos 9, 2017 pada 6:57 am

Tags: