info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Analisis Dadah Sintetik Baru Tahun 2016

Kursus Analisis Dadah Sintetik Baru Tahun 2016 telah diadakan pada 23 hingga 25 Mei 2016  bertempat di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Melaka. Seramai 18 peserta dari Ibu Pejabat dan Makmal-Makmal Cawangan Jabatan Kimia Malaysia telah menghadiri kursus ini.

Kursus ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari gred C44 sehinggab gred C17. Kursus ini bertujuan bagi memperkenalkan peserta kepada dadah sintetik baru.  Dadah sintetik merupakan ‘trend’ baru yang telah mula disalahguna di Malaysia.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan spesifik dan kepakaran mengenai dadah sintetik, memberikan kefahaman dan keupayaan peserta dalam mengaplikasi proses analisis dadah sintetik dan memberikan pengetahuan lebih mendalam dan informasi terkini tentang senario penularan dadah sintetik di Malaysia.

Metodologi kursus adalah secara syarahan dan praktikal makmal. Secara amnya, para peserta berpuas hati dengan kursus ini dan menyatakan telah mendapat manfaat dari kursus ini.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Cornelia Charito Siricord, Pengarah Bahagian Forensik, Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar.

Kemaskini: Julai 31, 2016 pada 7:36 pm

Tags: