info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kursus Advanced Training Course For EDX Microanalysis of SEM

Kursus Advanced Training Course for EDX Microanalysis of SEM telah diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2016 di Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia (JKM). Kursus 3 hari ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti (PJK) dengan penyertaan seramai 10 orang pegawai dari makmal Ibu Pejabat dan seorang pegawai dari Agensi Nuklear Malaysia. Dr. Wu Jiang, seorang Saintis Aplikasi NanoAnalysis dari Oxford Instruments Pte Ltd, Singapore telah dijemput sebagai penceramah kursus dengan cara penyampaian melalui ceramah dan latihan praktikal.

Objektif kursus ini adalah untuk melengkapkan kebolehan dan kepakaran pegawai mengenai teknik pengoptimuman penggunaan kaedah analisis Scanning Electron Microscopy with Energy Dispersive X-Ray Spectroscopy (SEM/EDX) untuk pengesanan imej dan unsur yang berkesan. Para peserta telah dipertingkatkan kemahiran mereka dalam tafsiran data SEM/EDX dengan betul dan tepat bagi meningkatkan tahap accuracy, precision dan reliability keputusan analisis kuantitatif. Penceramah telah berkongsi tip-tip penyelesaian masalah (troubleshooting) analisis yang berkesan mengenai penggunaan aplikasi analisis sains forensic seperti Gun Shot Residue (GSR) dan teknik Feature Detection bagi aplikasi analisis alam sekitar. Di sepanjang kursus ini, para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan hasilnya, penggunaan teknik SEM/EDX diperluaskan lagi kepada beberapa aplikasi baru dalam bidang analisis sains forensik, alam sekitar serta makanan yang diperlukan dengan bantuan penceramah.

 

Kemaskini: Ogos 8, 2016 pada 2:08 am

Tags: