info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Karnival Creativity & Science4u 2016 di Melaka Megamall

Melaka – Pada 23 hingga 25 September yang lalu, Jabatan Kimia Malaysia telah menyertai program Karnival Creativity & Science4u 2016 bertempat di West Concourse, Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Melaka mengadakan pameran interaktif sepanjang 3 hari karnival tersebut berlangsung.

Pada hari kedua karnival, Jabatan Kimia Malaysia mengadakan pameran interaktif serta Pertandingan “Crime Scene Investigation” CSI yang terbuka kepada semua pengunjung. Program ini dikendalikan oleh wakil Jabatan Kimia Malaysia dari Ibu Pejabat.

Majlis Penutup Karnival Creativity & #Science4U telah dilangsungkan pada hari terakhir dan telah disempurnakan oleh Dato’ Dr Mohd Azhar bin Haji Yahaya, Ketua Setiausaha MOSTI di Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

bksu3

bksu3

bksu3

bksu3

bksu3

Kemaskini: September 26, 2016 pada 12:15 pm

Tags: